Friday, 18 December 2015

Ye ke???

Eh!Eh!Eh!
Kau tau tak?

Apa?

Semalam ada awek usha aku....hebat tak aku??

Tak!!!

Whatttttt.....



Eh!Eh!Eh!
Kau tau tak?

Apa?

Aku baru jer beli smartphone baru tadi,canggih tak aku??

Tak!!!

Whattttttt.....

Eh!Eh!Eh!
Kau nak tau tak?

(Potong)

TAK NAK!!!!


K...



kadang-kadang kita tak sedar yg kita terlalu banyak bercerita benda yg x penting pun...setiap org mempunyai minat yg berbeza.....minat kita belum tentu menjadi minat yg sama buat org lain....jgn buat org lain merasa terbeban dgn minat kita...



huhu....salam bunga matahari....

Thursday, 17 December 2015

kamu

Kau adalah anugerah buat aku...my deepest thanks to Allah....
kau adalah inspirasi buat semua kemanusian...

kau adalah ibu...seorang anak....kakak....adik..mahupun seorang isteri....siapapun dirimu
kau bersedia menyerahkan kehidupanmu....

engkau adalah orang pertama yg mendengar tangisan kecilku disaat aku pertama kali melihat dunia.....kau membesar aku....dalam penuh suka dan duka...maaf....

kau adalah bahu buat aku. .tempat aku bersandar kasih...
kau yg betulkan aku bila aku buat salah...

kau adalah anugerah utk aku dari awal lagi..tetapi mengapa cinta aku tidak sepenuhnya buat mu?????maaf

cinta mu terlalu mahal...hanya yg layak mampu miliki..maaf....


aku mohon....jangan berhenti....
jangan berhenti mengalah....kau adalah anugerah buatku...

masa depan ummah dalam tanganmu...ia bermula dimana tempat kau berpijak......

Thursday, 9 April 2015

Aku Ini Sebatang PeN

Aku ini sebatang pen,
kau pegang,
aku kaku.

Aku ini sebatang pen,
kau tulis,
Lalu aku pun menari.

Aku ini sebatang pen,
kau tekan,
aku mula menjelajah.

Aku ini sebatang pen,
bila aku sudah tiada guna,
lantas aku kau campak.

Aku ini sebatang pen,
Aku kaku,tiada perasaan,
tak rasa apa-apa,
Sedih?Marah?Gembira?

Aku ini sebatang pen,
kau tulis perkara baik,
kau dapat pahala,
Aku terus kaku.

Aku ini sebatang pen,
kau tulis perkara keji,
kau dapat bala,
Aku terus kaku.

Awak? senyumlah

Senyumlah 
Senyum?
Ya,cubalah engkau senyum.
Ikhlas?
Tak,kau tak perlu ikhlas untuk mengukir senyuman
Sebab?
Tak,tiada sebab khusus.Hanya sekadar senyum.

Pening?
Jangan!!masih banyak perkara dunia yang engkau perlu peningkan.

Hmmmmmmm...


#Senyum bukan untuk diri kita sahaja.Cubalah engkau senyum untuk orang lain.Pasti kau tetap akan merasa puas.

Thursday, 26 February 2015

Dunia INI bulat untuk kita

Assalamulaikum semua?????Aku harap korang dlam keadaan baik dan sejahtera hebat.Pada catatan aku kali,aku ingin menceritakan satu kisah yg aku ambil dari sebuah buku ni.Banyak perkara yg aku dapat hayati dalam kisah ni.Harap kisah ni dapat dijadikan pengajaran.Begini kisahnya.......

                                  *********************************************

"Kamu percaya tak dunia itu bulat?"

Aku langsung menoleh ke kiri.Seorang lelaki tua berbaju merah sedang berdiri dgn mata yg buntang.Aku mengundur ke belakang,kemudian turut membuntangkan mata.

"Percaya.Mengapa?"tanya aku selepas tiga puluh saat berlalu beku.

"Jadi apa bezanya kamu dgn manusia yg duduk di dalam rumah tanah di Afrika?Mereka juga percaya yg dunia itu bulat,"balas lelaki tua itu pula.

Aku diam.Angin petang kembali memainkan iramanya.Meliuk nakal di telinga sambil mendesah manja,seoalah-olah mahu menggoda mata supaya pejam,lelap bagi seketika.Cepat-cepat aku kejap-kejapkan mata,mengusir godaan angin petang.Lalu pantas memandang orang tua berbaju merah itu.Aku membetulkan posisi tubuh lalu terus menghadap dia.

"Apa?"tanya aku pendek.

"Apa yg apa?"soal lelaki tua itu lagi.

"Apa yg membezakan saya dgn orang Afrika yg berada di dalam rumah tanah itu?"Kali ini aku memanjangkan kata.

Lelaki tua berbaju merah itu menggaru sikunya dan kemudian meniup-niup sikunya itu.Aku mengerut dahi.Hairan bin ajaib..

"Apa?"tanya aku.

 "Apa yg apa?"ulang lelaki tua itu pula

"Apa yg tuan maksudkan dgn kata-kata.tuan tadi?"Aku mula mengerut dahi.Mata pula tetap bertumpu pada siku lelaki tua itu.

"Kamu tidak percaya yg ada tuhan lain selain Allah,tetapi lelaki di Afrika itu pula tidak percaya adanya Allah.Namun kamu dan dia sama-sama percaya dunia ini bulat kerana Tuhan sudah menciptanya begitu,"terang lelaki tua itu dan terus menggaru sikunya.

Aku diam lagi.Dahi aku bertambah berkerut.Apa sebetulnya yg lelaki tua ini hendak beritahu?Aku terus memandang sikunya.

"Begitu juga kamu dalam hidup.Kamu dan saya percaya yg cinta itu membahagiakan.Namun kamu dan saya tetap berbeza.Saya tidak percaya cinta tanpa harta itu membahagiakan dan kamu pula tidak percaya cinta dgn harta itu adalah kebahagiaan mutlak.

Jadi sebelum kamu tersenyum dgn apa yg kamu sepakat bersama,sama ada dalam soal hati ,kerja atau apa pun,sentiasa fikirkan perbezaan yg terlindung.

 Contoh lain, sama seperti kamu sedang membaca satu novel,dan teman kamu percaya ia menarik pada bab satu,kamu pula percaya ia menarik pada bab akhir.Kesimpulannya,manusia tetap sama,ia menarik tetapi tetap berbeza dalam definisinya.

Konklusinya,manusia ini tetap berbeza walaupun mereka berkata mereka sama dan sehati sejiwa.Cuma usah memperbesarkan perbezaan itu hingga ia menutup persamaan yg menjadi permulaan senyuman kamu tadi.Tetap berpegang pada persamaan tetapi tetap jugalah berpegang pada perbezaan,kerana semua dicipta oleh-Nya kerana itu,"terang lelaki tua itu dgn panjang lebar.

Aku terus diam dan terus melihat sikunya yg semakin kerap digaru...

                        ********************************

Tuesday, 24 February 2015

Analogi Bas DAn CInta

Ini cerita lama.Mungkin sudah menjadi kisah klasik.Aku sendiri pun sudah lupa darimana aku ambil kisah ni.Sebenarnya ia sebuah analogi,bagi menceritakan berkenaan manusia dan cinta.

Cinta itu umpama menunggu bas.Apabila datang bas pertama mereka tidak naik kerana merasakan bas itu terlalu uzur.Apabila bas kedua sampai di hadapan mereka,mereka senyum.Bas kedua cantik dan menepati kehendak.Sayangnya mereka masih tidak naik kerana bas itu sudah penuh .Akhirnya ,waktu bagi sampai ke detinasi semakin singkat.Alam pula semakin gelap.Jadi manusia yg menunggu bas tadi ,tiada pilihan dan terpaksa naik bas ketiga .Biarpun bas  ketiga itu belum muncul,tetapi mereka nekad mahu menaikinya biar bagaimanapun rupa bas yg ketiga itu nanti.

Bas itu umpama cinta yg kita tunggu.Kadangkala ada cinta yg hadir,namun kerana merasakan ia tidak sesuai dgn diri kita,kita membiarkannya terus berlalu.Kemudian datang pula cinta yg kita rasa sesuai dgn hati kita.Sayangnya cinta itu sudah berpunya.Kita hanya mampu melihat ia pergi.Kita terus menunggu dan menunggu sehingga waktu sudah mulai lewat .Usia semakin jauh dan kita mulai khuatir berkenaan masa depan .Risau tidak sempat ke destinasi hidup,kita nekad menaiki bas ketiga.

Kita sudah kurang peduli rupa bas itu.Sama ada ia buruk ataupun penuh ,asalkan kita sampai ke destinasi.Itulah kita dalam menunggu cinta.

KESIMPULANNYA,carilah bas yg dapat membawa kita ke destinasi(akhirat) dengan baik.

Friday, 20 February 2015

Saya BUdak Baru BElajAR(BBB)

Tuhan sedang menguji kita.....
(hmmmm)aku tidak pasti mengapa aku perlu memulakan diari (oopss maaf!!!! blog) aku ni dengan ayat itu tetapi sekurang-kurangnya hanya ayat itu yang sekarang bermain dalam fikiran aku.
Sepatutnya aku mulakan catatan pertama diari(ok that the last one)blog aku ni dengan lafaz,bismillah hirrahman nirrahim....Semoga blog pertama aku ini mendapat berkat.Rasanya sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menulis dalam blog ni tapi tiada peluang(yeke??) yang tepat.ok dah banyak mengarut..

Apa perkara yang aku mahu mula-mula ceritakan??Baiklah,aku mulakan dengan tujuan aku membuat blog ini.Aku sekarang menulis dalam blog ni kerana aku sedang bosan dan aku tak tahu macam mana nak habiskan masa terluang aku dgn efisyen.Aku sekarang sedang menuggu keputusan SPM 2014.

Dan korang perlu tahu antara sebab utama aku menulis adalah kerana aku ingin memantapkan lagi cara penulisan aku yang aku boleh katakan sebagai sedikit kaku dan skema(hahahaha)T_T.Yang mana aku rasa tulisan aku ni boleh dikatakan sebagai bahasa buku teks bm.....huuuuu....

Lagipun aku pernah terbaca satu ayat ni yang telah banyak membuatkan aku berfikir dengan lebih mendalam atas sebab apa aku menulis dalam blog ni...camni ayat dye

"Tulisan itu umrnya lebih panjang berbanding manusia kerana apa sahaja yang kita tulis di dunia akan dibaca semula di akhirat.Oleh itu,tulislah perkara yang benar dan perkara yang baik walaupun yang baik itu kekadang amat pahit.Anggap tulisan kamu adalah karangan untuk Allah,kerana ia juga akan dibaca di hadapan-Nya nanti,juga di hadapan seluruh umat manusia.Jangan nanti kita malu sendiri apabila karangan kita dibaca"

So,atas dasar itulah sekarang ni aku sedang menaip ni kerana aku yakin bahawa setiap apa yang kita tulis akan dihitung oleh malaikat...

Aku rasa setakat tu aje la perkara yang aku boleh tulis buat masa ni kerana sekarang ni aku dah tak ade airdye(idea)....

p/s:  ade ke yang akan baca blog aku ni??????????