(hmmmm)aku tidak pasti mengapa aku perlu memulakan diari (oopss maaf!!!! blog) aku ni dengan ayat itu tetapi sekurang-kurangnya hanya ayat itu yang sekarang bermain dalam fikiran aku.
Sepatutnya aku mulakan catatan pertama diari(ok that the last one)blog aku ni dengan lafaz,bismillah hirrahman nirrahim....Semoga blog pertama aku ini mendapat berkat.Rasanya sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menulis dalam blog ni tapi tiada peluang(yeke??) yang tepat.ok dah banyak mengarut..
Apa perkara yang aku mahu mula-mula ceritakan??Baiklah,aku mulakan dengan tujuan aku membuat blog ini.Aku sekarang menulis dalam blog ni kerana aku sedang bosan dan aku tak tahu macam mana nak habiskan masa terluang aku dgn efisyen.Aku sekarang sedang menuggu keputusan SPM 2014.
Dan korang perlu tahu antara sebab utama aku menulis adalah kerana aku ingin memantapkan lagi cara penulisan aku yang aku boleh katakan sebagai sedikit kaku dan skema(hahahaha)T_T.Yang mana aku rasa tulisan aku ni boleh dikatakan sebagai bahasa buku teks bm.....huuuuu....
Lagipun aku pernah terbaca satu ayat ni yang telah banyak membuatkan aku berfikir dengan lebih mendalam atas sebab apa aku menulis dalam blog ni...camni ayat dye
"Tulisan itu umrnya lebih panjang berbanding manusia kerana apa sahaja yang kita tulis di dunia akan dibaca semula di akhirat.Oleh itu,tulislah perkara yang benar dan perkara yang baik walaupun yang baik itu kekadang amat pahit.Anggap tulisan kamu adalah karangan untuk Allah,kerana ia juga akan dibaca di hadapan-Nya nanti,juga di hadapan seluruh umat manusia.Jangan nanti kita malu sendiri apabila karangan kita dibaca"
So,atas dasar itulah sekarang ni aku sedang menaip ni kerana aku yakin bahawa setiap apa yang kita tulis akan dihitung oleh malaikat...
Aku rasa setakat tu aje la perkara yang aku boleh tulis buat masa ni kerana sekarang ni aku dah tak ade airdye(idea)....
p/s: ade ke yang akan baca blog aku ni??????????
No comments:
Post a Comment