Assalamulaikum semua?????Aku harap korang dlam keadaan baik dan sejahtera hebat.Pada catatan aku kali,aku ingin menceritakan satu kisah yg aku ambil dari sebuah buku ni.Banyak perkara yg aku dapat hayati dalam kisah ni.Harap kisah ni dapat dijadikan pengajaran.Begini kisahnya.......
*********************************************
"Kamu percaya tak dunia itu bulat?"
Aku langsung menoleh ke kiri.Seorang lelaki tua berbaju merah sedang berdiri dgn mata yg buntang.Aku mengundur ke belakang,kemudian turut membuntangkan mata.
"Percaya.Mengapa?"tanya aku selepas tiga puluh saat berlalu beku.
"Jadi apa bezanya kamu dgn manusia yg duduk di dalam rumah tanah di Afrika?Mereka juga percaya yg dunia itu bulat,"balas lelaki tua itu pula.
Aku diam.Angin petang kembali memainkan iramanya.Meliuk nakal di telinga sambil mendesah manja,seoalah-olah mahu menggoda mata supaya pejam,lelap bagi seketika.Cepat-cepat aku kejap-kejapkan mata,mengusir godaan angin petang.Lalu pantas memandang orang tua berbaju merah itu.Aku membetulkan posisi tubuh lalu terus menghadap dia.
"Apa?"tanya aku pendek.
"Apa yg apa?"soal lelaki tua itu lagi.
"Apa yg membezakan saya dgn orang Afrika yg berada di dalam rumah tanah itu?"Kali ini aku memanjangkan kata.
Lelaki tua berbaju merah itu menggaru sikunya dan kemudian meniup-niup sikunya itu.Aku mengerut dahi.Hairan bin ajaib..
"Apa?"tanya aku.
"Apa yg apa?"ulang lelaki tua itu pula
"Apa yg tuan maksudkan dgn kata-kata.tuan tadi?"Aku mula mengerut dahi.Mata pula tetap bertumpu pada siku lelaki tua itu.
"Kamu tidak percaya yg ada tuhan lain selain Allah,tetapi lelaki di Afrika itu pula tidak percaya adanya Allah.Namun kamu dan dia sama-sama percaya dunia ini bulat kerana Tuhan sudah menciptanya begitu,"terang lelaki tua itu dan terus menggaru sikunya.
Aku diam lagi.Dahi aku bertambah berkerut.Apa sebetulnya yg lelaki tua ini hendak beritahu?Aku terus memandang sikunya.
"Begitu juga kamu dalam hidup.Kamu dan saya percaya yg cinta itu membahagiakan.Namun kamu dan saya tetap berbeza.Saya tidak percaya cinta tanpa harta itu membahagiakan dan kamu pula tidak percaya cinta dgn harta itu adalah kebahagiaan mutlak.
Jadi sebelum kamu tersenyum dgn apa yg kamu sepakat bersama,sama ada dalam soal hati ,kerja atau apa pun,sentiasa fikirkan perbezaan yg terlindung.
Contoh lain, sama seperti kamu sedang membaca satu novel,dan teman kamu percaya ia menarik pada bab satu,kamu pula percaya ia menarik pada bab akhir.Kesimpulannya,manusia tetap sama,ia menarik tetapi tetap berbeza dalam definisinya.
Konklusinya,manusia ini tetap berbeza walaupun mereka berkata mereka sama dan sehati sejiwa.Cuma usah memperbesarkan perbezaan itu hingga ia menutup persamaan yg menjadi permulaan senyuman kamu tadi.Tetap berpegang pada persamaan tetapi tetap jugalah berpegang pada perbezaan,kerana semua dicipta oleh-Nya kerana itu,"terang lelaki tua itu dgn panjang lebar.
Aku terus diam dan terus melihat sikunya yg semakin kerap digaru...
********************************
No comments:
Post a Comment