Ini cerita lama.Mungkin sudah menjadi kisah klasik.Aku sendiri pun sudah lupa darimana aku ambil kisah ni.Sebenarnya ia sebuah analogi,bagi menceritakan berkenaan manusia dan cinta.
Cinta itu umpama menunggu bas.Apabila datang bas pertama mereka tidak naik kerana merasakan bas itu terlalu uzur.Apabila bas kedua sampai di hadapan mereka,mereka senyum.Bas kedua cantik dan menepati kehendak.Sayangnya mereka masih tidak naik kerana bas itu sudah penuh .Akhirnya ,waktu bagi sampai ke detinasi semakin singkat.Alam pula semakin gelap.Jadi manusia yg menunggu bas tadi ,tiada pilihan dan terpaksa naik bas ketiga .Biarpun bas ketiga itu belum muncul,tetapi mereka nekad mahu menaikinya biar bagaimanapun rupa bas yg ketiga itu nanti.
Bas itu umpama cinta yg kita tunggu.Kadangkala ada cinta yg hadir,namun kerana merasakan ia tidak sesuai dgn diri kita,kita membiarkannya terus berlalu.Kemudian datang pula cinta yg kita rasa sesuai dgn hati kita.Sayangnya cinta itu sudah berpunya.Kita hanya mampu melihat ia pergi.Kita terus menunggu dan menunggu sehingga waktu sudah mulai lewat .Usia semakin jauh dan kita mulai khuatir berkenaan masa depan .Risau tidak sempat ke destinasi hidup,kita nekad menaiki bas ketiga.
Kita sudah kurang peduli rupa bas itu.Sama ada ia buruk ataupun penuh ,asalkan kita sampai ke destinasi.Itulah kita dalam menunggu cinta.
KESIMPULANNYA,carilah bas yg dapat membawa kita ke destinasi(akhirat) dengan baik.
No comments:
Post a Comment